Monday, January 16, 2012

Model Takaful Ikhlas

Assalamualaikum wbt

Untuk memudahkan pemahaman lebih mendalam tentang model takaful ikhlas, boleh lihat rajah dibawah.

Daripada rajah diatas, sebenarnya, wang yang kita bayar bulanan itu akan pergi ke dua tabung. Pertama: Tabung Ta'wun dan kedua ialah tabung simpanan.


Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan:

Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.

Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.

Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.



Apakah dia takaful?

Assalamualaikum wbt

Sebelum saya memasuki industri takaful ni, saya pun malas nak ambil kisah tentang apakah takaful ini. Hinggalah ada yang sudi menerangkan nya pada saya. Dan saya kira, amat penting untuk semua muslim tahu informasi tentang apakah takaful dan bagaimana ia boleh memberi manfaat yang mudah dalam kehidupan kita. InshaAllah.
Takaful merupakan salah satu konsep insurah tetapi berlandaskan hukum syariat. Konsep ini, secara faktanya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama


Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)


Dalil Tanggungjawab





Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi



Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini. Memahami Kontrak Takaful. Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Ikhlas dari;
Agen Takaful Ikhlas
Sarah Ibrahim